Monday, December 7, 2009

AUTORESPOND

Masih ramai yang tidak mengetahui apakah opt-in list dan bagaimanakah cara untuk membinanya. Opt-in list adalah senarai email yang anda simpan di dalam autoresponder, di mana mereka ini berminat untuk menerima maklumat dan perkembangan terbaru tentang perniagaan/produk anda ataupun apa sahaja maklumat dengan menggunakan email. Ia juga dikenali sebagai teknik “Permission Marketing”. Teknik ini masih lagi baru di Malaysia dan tak ramai yang menggunakan teknik ini. Teknik yang paling popular di Malaysia untuk emaik marketing adalah SPAM. :)

Saya tidak mengalakkan anda menggunakan teknik ini. Walaupun di Malaysia masih lagi tidak mempunyai undang-undang untuk mengatasi email SPAM, tetapi perbuatan ini amatlah tidak bermoral dan tidak profesional. Apakah tujuannya kita membina list? Salah satunya adalah untuk memudahkan kita memasarkan produk atau perkhidmatan di internet. Dengan menyimpan list pelanggan anda, ia akan memudahkan anda memberitahu tentang produk atau promosi terkini, melakukan backend atau cross sale.

Cara untuk membina list amatlah mudah sekali. Anda memerlukan autoresponder. Ada banyak perkhidmatan autoresponder yang boleh anda guna. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Antara autoresponder yang terdapat di pasaran adalah:

http://www.getresponse.com/
http://www.emailaces.com/
http://www.aweber.com/
http://www.proautoresponders.com/
http://www.parabots.com/
http://www.razorbot.com/

Antara autoreponder yang yang mempunyai reputasi yang terbaik adalah Aweber dan GetResponse. Peratus email yang di hantar sampai ke inbox adalah 99.9%. Jika anda memasuki pasaran gobal, semestinya anda menggunakan perkhidmatan autoresponder yang berbayar. Ini adalah kerana apabila kita guna perkhidmatan autoresponder percuma, subscriber atau bakal pelanggan anda dari luar akan menilai anda tidak serius dalam menjalankan perniagaan dan tidak profesional.

Tapi kalau dah terpaksa sangat rasanya tak jadi masalah. Dulu pun masa Ewen Chia (Super Affiliate Marketer) nak memulakan perniagaan internet ini menggunakan perkhidmatan autoresponders percuma.

Kalau di Malaysia, saya rasa tak menjadi masalah jika menggunakan perkhidmatan autoresponder percuma. Kira boleh dimaafkan lagi. Biasanya autoresponders percuma ini selalu bermasalah. Biasalah, dah percuma pasti banyak masalah yang perlu anda hadapi.

Antara perkhidmatan autoresponder percuma yang ada di pasaran adalah :

http://www.freeautobot.com/
http://www.freefollowup.com/
http://www.sendfree.com/
http://www.responders.com/
http://www.yourmailinglistprovider.com/
http://www.robotreply-members.com/

Antara masalah yang mungkin anda hadapi adalah email yang dihantar tidak akan sampai, setiap email yang di hantar kepada subscriber anda, akan disertakan dengan iklan dari pihak perkhidmatan autoresponder yang anda gunakan.

Anda juga boleh menggunakan autoresponder percuma sebagai platform untuk mempelajari teknik yang berkesan untuk membina list. Dan lepas anda mampu menggunakn perkhidmatan yang berbayar, barulah anda mendaftar untuk perkhidmatan autoreponder yang berbayar.

info by : http://www.mohdsufian.com

0 comments:

Post a Comment